Atas dasar tajuk diatas, kebanyakan rakyat Malaysia sering mengunakan salah satu tajuk diatas sebagai alasan untuk lewat tiba dalam apa jua janjitemu atau kerja.
Walhal, hujan dan panas adalah iklim negara kita sejak azali lagi dan tak pernah berubah-ubah malah trafik pula adalah satu masalah yang telah wujud sejak saya kecil lagi.
Kenapa masyarakat kita tidak bersedia untuk menghadapi situasi-situasi berikut dimana ia telah wujud sekian lama.
Adakah kita mengharap bantuan atau subsidi dari pihak tertentu untuk sediakan payung atau baju hujan.
Saya amat tertarik dengan alasan-alasan sebegitu seolah-olah masyarakat kita manja dan tidak boleh menghadapi sebarang suasana yang menyusahkan.
Pernah satu ketika sewaktu menghadiri majlis disebuah hotel terkemuka. Hujan yang lebat dari petang hingga ke malam. Pihak penganjur seperti patah kaki kerana tidak cukup kakitangan dan speaker kemungkinan lewat kerana tersekat didalam trafik. Seorang bangsa asing yang telah berkerja di Malaysia selama 5 tahun menegur pihak penganjur kerana kelewatan tersebut. Seperti "alasan di atas", pihak penganjur memberi alasan dengan penuh yakin dan simpati kepada tetamu tersebut. Tetamu itu dengan nada kecewa cuma melontarkan beberapa soalan, "Pertama kali ke hujan menimpa Malaysia dan trafik juga sudah menjadi rutin normal setiap petang". "Kenapa Rakyat Malaysia tidak pernah bersedia nghadapinya dan mengunakannya sebagai alasan semata-mata.?". "Apa bezanya dia dan yang lain-lain dimana dia boleh menghadirinya awal dari waktu sebenar.?"
patut dicontohi |
Sudah tiba kita semua sentiasa bersedia menhadapi apa sahaja suasana tanpa mengharapkan bantuan atau subsidi dari mana-mana pihak.
Wasalam
1 comment:
hujan jer jammed
jammed jer sbb hujan..
hurmmmm
Post a Comment