terima kasih menjadi rakan blog..

ads wiz nuffnang 4 u 2 click...

Wednesday, December 29, 2010

birthday Nur Maisarah - 29Dec2004


Hari ini ulangtahun hari lahir anak bongsu aku. Di lahirkan 29Dec2004.
Berumur 6 tahun bermulanya hari ini.

Tuesday, December 28, 2010

Piala AFF: Malaysia hantar bantuan peninjau sebelum perlawanan..



Kita harus berterima kasih pada mereka.. (petikan dari youtube)

Monday, December 27, 2010

Piala AFF Suzuki : Mana laser yg dikatakan?? Buktikan melalui video bukan gambar super impose..

Ahhh bola dtg lagi.. apa alasan mau bagi ni..



Jika mereka boleh membuktikan melalui video, kami rakyat Malaysia akur dgn tuduhannya.. tetapi bukan melalui gambar super impose..

gambar yg dihebohkan di Indonesia.. tapi gambar penyokong mana ni.. baju kemas je takde color2..


Gol pembukaan, pembakar semangat.. laser2 sebenarnya menuju ke pemain2 Malaysia untuk membakar semangat mereka. Cuma Markus jealous kot..



lihatlah wajah Marcus selepas gol dijaringkan.. tidak ada pancaran laser ditujukan padanya seperti terjadi pada wajah penjaga gol kita di indonesia.


Yang dinantikan, gol kemenangan, gol ke-3.. Thanks Safee Sali n co.
gol kemenangan..

Semoga kejayaan tetap menyebelahi kita di Indonesia nanti.. Pemain2 kita diharap lampu2 sinaran laser tidak menjadi masalah pada mereka... takde bezanya masa lepak disko atau pub kan  hahaha.. Hidup Malaysia..

Laser ciptaan penyokong2 Indonesia..

lihat selepas gol ke5... berapa banyak laser yg menghala ke muka penjaga gol kita.. memang terbukti, mereka yg cipta benda2 ini tetapi mengalih arah pada penyokong2 Malaysia..



tetapi penjaga gol kita profesional. tiada alasan untuk memberhentikan perlawanan kerana telatah penonton/penyokong tidak boleh dilayan sangat..

Sunday, December 26, 2010

stadium KeraMat.. stadium GeRun.. stadium Maruah.. bersedialah sebelum menjejakinya..

our own proud stadium - Stadium Keramat Negara
Stadium berMaruah
Semua peminat2 bolasepak Negara, ayuh, beramai2lah kita memenuhi stadium pada hari ahad ini. Jangan bagi ruang untuk tetamu2 luar menguasai stadium negara kebanggan kita.

COUNTRY FIRST - everything else is collateral damage (NIKE)

Seperti peminat2, pemain2 negara yang mewakili negara juga harus menjadikan stadium kita sebgai stadium keramat. Seperti negara2 lain, pasukan negara mempunyai semangat luar biasa untuk mempertahankan maruah negara dan maruah stadium negara mereka sendiri. Sehingga pasukan2 pelawat juga akan gerun dan mempunyai emosi panik jika bermain bersama pasukan tuan rumah. Walhal, sesetengah pasukan itu pun bukan bagus sangat, tetapi bila pulang ke gelangang sendiri, seolah-olah mereka mempunyai tugas, iaitu, mempertahankan maruah negara dan stadium negara mereka. Baik apa sukan dan stadium sekali pun.
penuh stadium


Pasukan negara kita hendaklah diserapkan nilai sebegitu rupa, nilai semangat negara, nilai mempertahankan maruah. Jika mereka mempunyai nilai2 begitu, barulah mereka dengan gahnya boleh mewakili negara.

Tidak seperti diwaktu2 yg lepas, amat kecewa sekali jika pasukan kita yg bermain ditempat sendiri pun mudah dikecewakan. Kalah tanpa melawan dengan semangat negara. Malah pasukan2 luar pun tidak gerun jika bertemu kita di tempat kita. Sekurang-kurangnya jika kalah sekali pun, kalah dengan semangat melawan sehingga titisan akhir. Ini bukan sahaja kalah malah kena belasah ditempat sendiri. Itulah yang membuat peminat hilang semangat untuk ke stadium dan bosan melihat permainan kita.

yang dinanti2kan

untuk mu MALAYSIA

Jika keyakinan peminat2 sudah ada dan memenuhi stadium di segenap ruang, semangat pemain harus bangkit. Disitu, mutu pemainan kita akan meningkat. Disudut luar, remaja2 akan datang sudah bersemangat untuk kembali bersukan dan saling bersaing untuk mewakili negara.

Dengan ini, ayuh, baik peminat dan pemain, jadilah stadium sukan negara kita sebagai stadium yang bermaruah dan stadium keramat. Juga stadium gerun bg pasukan2 pelawat.

Sekian, Majulah Sukan untuk Negara.

Wasalam

Tuesday, December 21, 2010

BLOG PANAS - CEPAT dan PANTAS .. Teknik melonjakkan traffik BLOG anda yg belum pernah dilihat!!!!

Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan. Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Cara ni bagi Saya memang tak pernah tengok lagi, tapi best!Saya jumpa cara ni kat blog Magrib Aristo dan Blog Luna Jom try cara ni! Cara cepat menaikkan traffik blog korang!

Sunday, December 19, 2010

Doa


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."

Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah  mula melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik

Saturday, December 11, 2010

Umi, Emak, Mama, Mami - Ibunda


Perkongsian ilmu dari e-mel yg dipanjangkan kepada saya. Moga dimanfaatkan...

Assalamualaikum Semua,
 

Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud
 
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

1.      Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

2.      Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

3.      Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

4.      Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

5.      Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
a.       Melihat kaabah sehingga menitis air mata
b.      Membaca quran sehingga menitis air mata
c.       Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

6.      3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
a.       Anak
b.      Ibu
c.       Suami

7.      Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

8.      Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

9.      Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

10.  Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

11.  Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

12.  Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik

13.  Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”

a.       “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
b.       *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
c.        Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

14.  Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

a.       Kalau ditimpa sakit, basalah Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then berDOA dgn ALLAH S.W.T
                                                  i.      “YaALLAH, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
                                                ii.      YaALLAH, bagiah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

15.  Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

16.   Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

17.   Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.  Jadi doakan ibu kita telah tiada!

18.   Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø       Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

19.   Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam next time

20.   Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

21.   Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

22.   Bila nak berbelanja, sentiasa sediakan duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

23.   Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.  Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

24.   Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

25.  Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya.  Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

26.   Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan IBU
1.      Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
a.        Antara ganguan saka,
                                                  i.      Selalu mimpi bayi/budak.
                                                ii.      Dukung bayi, susu bayi or
                                              iii.      Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi
                                              iv.      Selalu sakit tulang belakang
                                                v.      Tulang belakang bengkok
                                              vi.      Rasa mengantuk selepas asar

2.      Saka dipindahkan melalui,
a.       Kasih saying
b.      Harta pusaka
c.       Walaupun sebiji pinggan
d.      Amalan
e.       Sentuhan

3.      Symptom dah terkena saka
a.       Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
b.      Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
c.       Susah nak dapat anak, senang gugur
d.      Ada rasa kelibat orang lalu
e.       Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

4.      Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

5.      Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

6.       3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.  Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

7.      Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

8.      Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
 
Anak Lari Dari Rumah

1.      Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

2.      Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
1.      Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
a.       Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g.
                                                  i.       Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa.
                                                ii.      Wahai roh anakku, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.
                                              iii.      You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikkan mana yang bolehkan.

Tuesday, December 7, 2010

Kesabaran

 

Tafsir Ayat: Doa, kesabaran senjata ampuh Muslim ketika berdepan musibah

2010/11/25

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” – (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Kehidupan di dunia tidak sunyi daripada kemelut, krisis, musibah dan malapetaka di mana tidak seorang pun akan terlepas daripadanya. Ia adalah untuk membuktikan siapakah dalam kalangan hamba-Nya yang bersabar dan tetap memohon perlindungan kepada Allah dalam apa juga keadaan.
Ibnu Kathir menjelaskan, melafazkan ayat sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah yang menimpanya dan mengakui dirinya hamba milik Allah. Allah berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya.
Berhadapan dengan keadaan yang sukar, setiap Muslim sewajarnya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, lebih bersimpati terhadap nasib mangsa yang ditimpa musibah dengan meringankan segala kesulitan dihadapinya di samping menyelami hikmah di sebalik musibah yang menimpa.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya sentiasa berdoa kepada Allah supaya dijauhkan daripada segala malapetaka dan musibah. Sabda Rasulullah yang maksudnya: “Bersihkanlah hartamu dengan zakat, ubatilah sakitmu dengan sedekah dan tolaklah olehmu bala bencana dengan doa.” (Hadis riwayat Tabrani)

Bukankah doa itu sebenarnya senjata ampuh seorang mukmin apabila berada pada saat genting, lebih-lebih lagi ketika ditimpa musibah yang berlaku di luar jangkaan. Siapakah lagi pelindung dan penyelamat yang berupaya menyelamatkan manusia daripada bencana selain Allah Maha Berkuasa.

Menjadi kewajipan setiap Muslim yang beriman supaya bersabar mendepani segala musibah dan malapetaka yang melanda. Janganlah pula merasa lemah semangat, berdukacita, berputus asa, bersedih secara berlebihan, apatah lagi menyalahkan takdir terhadap apa yang berlaku.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam perkara yang memberi manfaat kepadamu, mintalah pertolongan dari Allah dan jangan kamu merasa lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah pula kamu mengatakan, “kalau aku berbuat itu dan ini, nescaya jadi begini…”. Sebaliknya katakanlah, “itu adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi”. Sebenarnya perkataan ‘kalau’ itu membuka pintu kepada perbuatan syaitan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Begitulah sifat Muslim yang sebenarnya apabila berhadapan sebarang musibah atau bencana dalam kehidupannya dengan kesabarannya, ketenangannya dan penerimaannya terhadap segala ketentuan Ilahi.

Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

701ads... klik click cliks kliks...

thanks for visit n I will visit your blog..thanks